Tuesday, October 6, 2009

Kerajaan Dalam Diri

Kerajaan dalam diri, diri ini, rajanya adalah hati. Hati itu dialah yang mengontrol dan memerintah kerajaan diri. Anggota badan seperti tangan, kaki, mulut dan kepala adalah rakyat yang taat setia.

Apa kata raja akan diikuti tanpa bantahan oleh rakyat. Baik raja, baiklah rakyat. Sebaliknya, jika jahat raja, jahatlah rakyat. Segalanya bergantung pada raja. Raja ini pula, dia ada penasihat atau guru, itulah akal namanya. Akal berperanan mendidik raja. Kalau akal mendidik kepada Tuhan, hati akan terpimpin kepada Tuhan. Kalau akal gagal mendidik kepada Tuhan, hati tidak terpimpin kepada Tuhan.

Nafsu pula adalah orang jahat dalam kerajaan diri. Ia adalah musuh no. 1 kerajaan. Nafsu sentiasa mencari-cari peluang untuk mempengaruhi hati. Kalau hati sebagai raja mendapat guru yang tidak berwibawa, jawabnya hati akan dapat dipengaruhi nafsu. Jadilah raja itu boneka sahaja dalam kerajaan diri. Yang sebenarnya memerintah adalah nafsu. Raja menurut sahaja apa kata nafsu. Nafsu akan bertindak memberi arahan-arahan yang melawan perintah Tuhan. Bila nafsu memberi arahan jahat, Raja ikut sahaja.


Monday, October 5, 2009

Kenapa Tak Mahu berSyukur?

Mengapa orang tidak bersyukur? Ada beberapa sebab:

Pertama, dia tidak pernah puas dengan apa yang ada padanya. Hidupnya dikuasai oleh filsafat ‘untung-rugi’, suatu kehidupan yang berorientasi pada keuntungan pribadi, sehingga sulit bagi orang seperti ini untuk belajar bersyukur.

Kedua, dia dijangkiti oleh penyakit mengasihani diri (self-pity). Setiap kesulitan yang dialaminya dalam hidup tidak membawa ke dalam proses pembentukan serta pendewasaan yang sihat, malah sebaliknya semakin menyatakan suatu kehidupan yang sangat mementingkan diri sendiri.

Ketiga, dia lupa bahwa pemeliharaan Tuhan dalam hidupnya telah dibuktikan pada masa-masa yang lampau. Dengan demikian ia tidak mengingat segala kebaikan Tuhan yang telah diterimanya.

Keempat, hidupnya berorientasi pada solusi permasalahan dan bukannya pada pengenalan akan Allah. Dia baru boleh bersyukur setelah masalah yang dihadapinya sudah berlalu (namun masalahnya, manusia tidak pernah terlepas dari masalah!).

Kelima, gagal mengaitkan setiap momen dengan penyertaan serta pemeliharaan Tuhan dalam hidupnya. Ia lebih memikirkan kondisi hidup di sini dan sekarang, sehingga yang dilihatnya semata-mata adalah realiti yang tanpa Tuhan (banyak orang percaya, pada saat-saat tertentu hidup tidak berbeza dengan orang ateis!).

Keenam, keangkuhan hidup, iaitu memiliki tuntutan serta standard kehidupan yang terlalu tinggi sehingga hidupnya banyak diwarnai oleh kekecewaan kerana ternyata ia tidak dapat memperoleh hal tersebut.

Ketujuh, ia tidak sedar bahawa sebagai manusia yang berdosa, sesungguhnya tidak berhak untuk mendapatkan kebaikan apapun di dunia ini. Ketidak-tahuan diri ini merosak kepekaan rohaninya, sehingga segala kebaikan yang ia terima selalu ditanggapi dengan sikap taken for granted.

Wednesday, April 15, 2009

ISTERI, ARWAH SUAMI DAN DOT DOT DOT...

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:To : Isteri kesayangankuDate : 16 May 2002Subject : Abang telah selamat sampaiAbang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.