Tuesday, October 6, 2009

Kerajaan Dalam Diri

Kerajaan dalam diri, diri ini, rajanya adalah hati. Hati itu dialah yang mengontrol dan memerintah kerajaan diri. Anggota badan seperti tangan, kaki, mulut dan kepala adalah rakyat yang taat setia.

Apa kata raja akan diikuti tanpa bantahan oleh rakyat. Baik raja, baiklah rakyat. Sebaliknya, jika jahat raja, jahatlah rakyat. Segalanya bergantung pada raja. Raja ini pula, dia ada penasihat atau guru, itulah akal namanya. Akal berperanan mendidik raja. Kalau akal mendidik kepada Tuhan, hati akan terpimpin kepada Tuhan. Kalau akal gagal mendidik kepada Tuhan, hati tidak terpimpin kepada Tuhan.

Nafsu pula adalah orang jahat dalam kerajaan diri. Ia adalah musuh no. 1 kerajaan. Nafsu sentiasa mencari-cari peluang untuk mempengaruhi hati. Kalau hati sebagai raja mendapat guru yang tidak berwibawa, jawabnya hati akan dapat dipengaruhi nafsu. Jadilah raja itu boneka sahaja dalam kerajaan diri. Yang sebenarnya memerintah adalah nafsu. Raja menurut sahaja apa kata nafsu. Nafsu akan bertindak memberi arahan-arahan yang melawan perintah Tuhan. Bila nafsu memberi arahan jahat, Raja ikut sahaja.


1 comment:

  1. eh dah jadik belog ceramah...ko ada masalah ke nih? hahahah...

    ReplyDelete